Ciri-ciri stesen Stesen_Bandar_Tasik_Selatan

Lokasi

Stesen ini terletak di utara Bandar Tasek Selatan, Kuala Lumpur. Di utara stesen adalah Terminal Bersepadu Selatan manakala di selatan stesen adalah Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2). Terletak kira-kira 1km barat daya stesen adalah Persimpangan Bandar Tasik Selatan Lebuhraya Besraya. Juga terletak berhampiran stesen adalah Masjid Zaid bin Thabit, Menara TEKUN dan Kampung Malaysia Tambahan.

Pelan stesen

L1Aras legar KTM/LRTMesin tiket, pagar tambang, pusat khidmat pelanggan dan kedai serbaguna
MAras mezanin umumSambungan tidak berbayar KTM, LRT dengan ERL dan laluan pejalan kaki ke Terminal Bersepadu Selatan
Aras mezanin ERLJejambat merentasi landasan ERL
GAras tanahPintu masuk/keluar, laluan pejalan kaki ke MSPR stesen, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian
Aras legar ERLMesin tiket, pagar tambang dan pusat khidmat pelanggan
G
Platform ERL
Landasan tidak digunakan
Platform tengah, tidak digunakan, pintu tren tidak dibuka di sebelah sini
Platform tengah, pintu tren dibuka di sebelah kiri
ERL Arah Utara7 KLIA Transit menghala ke KL Sentral
ERL Arah Selatan7 KLIA Transit menghala ke KLIA2 (Putrajaya/Cyberjaya)
Platform tengah, pintu tren dibuka di sebelah kiri
Platform tengah, tidak digunakan, pintu tren tidak dibuka di sebelah sini
Landasan tidak digunakan
G
Platform KTM
Platform sisi, pintu tren dibuka di sebelah kiri
KTM Arah Utara1 Laluan Seremban menghala ke Batu Caves (Salak Selatan)

→  ETS  Laluan ETS menghala ke Padang Besar (KL Sentral)

Landasan Pintasan KTM
Landasan Pintasan KTM
KTM Arah Selatan1 Laluan Seremban menghala ke Pulau Sebang/Tampin (Serdang)

←  ETS  Laluan ETS menghala ke Gemas (Kajang)

Platform sisi, pintu tren dibuka di sebelah kiri
G
Platform LRT
SP Arah Selatan4 Laluan Sri Petaling menghala ke  SP31  Putra Heights (Sungai Besi)
Platform tengah, pintu tren dibuka di sebelah kanan
Platform tengah, pintu tren dibuka di sebelah kanan
SP Arah Utara4 Laluan Sri Petaling menghala ke  SP01  Sentul Timur (Bandar Tun Razak)

Stesen ini adalah gabungan tiga stesen berbeza: Stesen KTM Bandar Tasik Selatan, Stesen LRT Bandar Tasik Selatan dan Stesen ERL Bandar Tasik Selatan. Stesen KTM Bandar Tasik Selatan dan Stesen LRT Bandar Tasik Selatan adalah stesen bertingkat dimana ruang legar stesen terletak di atas aras platform manakala Stesen ERL Bandar Tasik Selatan adalah stesen aras tanah dimana ruang legar dan platform terletak di atas tanah. Ketiga-tiga stesen ini disambungkan melalui laluan pejalan kaki yang bermula di pintu masuk stesen sehingga ke Terminal Bersepadu Selatan.[1]

Stesen LRT Bandar Tasik Selatan mempunyai kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti tanjakan, blok sentuh di lantai dan lif.[2] Selain itu, terdapat sebuah bagunan parkir kereta bertingkat (MSPR) disediakan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).[3]

Perkhidmatan bas

Selain Terminal Bersepadu Selatan, terdapat sebuah laluan bas RapidKL berkhidmat di stesen ini iaitu T410.